Perlu ke kanak2 menjaga pemakanan

 Sejak menjadi ibu bapa, Saya Mula sedar bnyk perkara. Lebih2 lagi tentang ilmu keibubapaan (motherhood). Tidak kurang juga pandangan Dan pendapt YG berbeza dari org sekeliling. 

Saya tertarik utk menulis Dan berkongsi tentang ilmu yg Saya dapat kpd ibu bapa diluar Sana. Terpulang kepada penerimaan masing2. 


Penting untuk Kita menjaga Dan mengawal pemakanan anak2 seawal yg mungkin. Melentur buluh biar la dari rebungnya. Dah menjadi tanggunjawab Kita memberi YG terbaik utk ank2 masing2. 


1. Tiada penggunaan garam MSG Dan gula dalam makan n minum bayi kurang dari 1 tahun. 

2. No fast food, prosesing food and junk food 

3. Perkenalkan makanan mengikut step. 

4. Pantau Dan kawal pemakanan anak2 sehingga 6 tahun

Pastinya ramai ibu bapa diluar Sana YG tidak bersetuju dgn point di atas dengan alasan mereka serperti berikut


• Ala, mak dulu bagi je makan Macam2 elok je ko besar,sihat mcm skrg

• Tak payah la nak kawal2 sgt makan budak 2. Selagi diorng nk makan bagi saja la

• Budak2 Ni klu Kita kongkong sgt pun xboleh, nnti blkg2 Kita melahap  lagi byk. Sbb jakun XPERNAH makan. 

• Kesian budak 2 makanan xde rasa, tawar je.. 

• Byk lagi la... 


Alhamdulillah klu anak2 mereka sihat Dan bijak pandai. Rezeki Allah. Tapi adakah lebih baik jika Kita memberikan YG terbaik dalam setiap proses pembesaran anak2. Membesarkan anak2 memerlukan ilmu untuk menjadikan ank2 YG berilmu. 



KENAPA.... KENAPA.... KENAPA


1. Tiada penggunaan garam MSG Dan gula dalam makan n minum bayi kurang dari 1 tahun. 


*Membebankan fungsi organ seperti buah pinggang yg belum cukup matang

Pada usia kurang dari 2 tahun, organ dalaman mempunya had yg sangat min utk memproses makanan. Mesin YG dipaksa bergerak over limit pasti cepat rosak Kan.. 

*Banyak penyakit bermula dari makanan. Jadi lagi awal Kita cegah/kawal lebih sedikit risiko ke arah penyakit berisiko Dan obesiti. 

*Picky eater. Deria rasa anak2 sgt sensitive berbanding org dewasa. Jadi apabila telah dibiasakan dengan mknan berperasa tambahan mereka menjadi addicted Dan memilih mknan. Pening juga jika sentiasa ingin mengikut selera mereka(anak2) sahaja. 




Tapi bila melepasi umur 1 tahun jangan la pula dibalun je. Perlu pengawalan untuk mengelakkan kesan2 lain.


Lebih baik Kan jika Kita mengajar anak2 pemakanan yg sihat, berkhasiat Dan nature food. Kerana anak2 ini akan menjadi seperti apa yg Kita didik mereka. Insya Allah


Organ dalaman manusia umpama mesin yang perlu dijaga. Malah perlu penjagaan YG lebih rapi kerana tiada gantinya. Jika Ada pun, memerlukan Kos yang sgt besar. Sayang Kan... 


2. Perkenalkan makanan mengikut step. 


6 bulan adalah Masa terbaik utk memperkenalkan makan kpd bayi. Namun perlu tahu Cara YG betul. Pada usia ini mereka bukan hanya semata2 makan tetapi sedang belajar. Belajar menerima makan, rasa, mengunyah, menelan. 


3. No fast food, prosesing food  and junk food 


Kandungan bahan2 tambahan yang pastinya mempunyai campuran bahan Kimia YG pelbagai dalam fast food, junk food, Dan prosesing food mempunyai kesan sampingan. Ya, bahan2 tersebut dibenarkan namun memberikan kesan jangka Masa panjang YG memudaratkan. Jadi lebih baikkan Kan Kita didik anak2 dari peringkat awal. Kawalan yang sangat ketat lebih baik dari tiada kawalan. Tidak salah jika Kita menghalang anak2 kepada benda YG memudaratkan. 

4. Pantau Dan kawal pemakanan anak2 sehingga 6 tahun

Peringkat umur 0-6 tahun mereka mudah menyerap apa yg Kita ajar Dan didik. Usia ini juga lebih mudah di kawal kerana kurangnya pengaruh dari luar. Jika dari peringkat awal kita telah ajar mereka pastinya ianya akan menjadi kebiasaan Dan sebati dlm rutin harian. 

Tekan Kan kepada mereka Dan terangkan kesan2nya. Insya Allah lebih mudah dikemudian Hari. 


Kita sayang anak2 Kita. Sebab itu Saya suka menggunakan ayat DIDIK ANAK2 KITA. Bukan hanya menghalang dengan membabi buta.

Makanan yang masuk ke dalam tubuh badan akan menjadi darah DAGING. Dari darah DAGING inilah yg akan membentuk siapa diri Kita. Baik sumbernya baik juga lah hasilnya. Insya Allah. 

KAWAL DAN HALANG DENGAN ILMU, MENDIDIK. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. 


Comments

Popular Posts