Rindu ramadhan zaman kanak-kanak
Bila sebut pasal bulan ramdhan ni mesti xboleh lari dari Hari Raya Aidilfitri. Tapi terlalu awal rasanya nak bercerita pasal raya. Kita simpan dulu pasal raya ya.
Ramdhan semua tahu ialah bulan puasa.Bagi saya bulan ni sangat unik dan istimewa dari bulan2 yang lain. Banyak sangat keistimewaan dan keseronokan yang kita boleh dapat. Tak kira dari yang muda hingga warga emas, tak kurang juga dari non-muslim.
Pengumuman Puasa
Zaman kanak-kanak saya suka tengok pengumuman puasa. Tunggu depan tv dan tengok pak aji yanga akan umumkan tarikh bermula puasa. Apa yang saya suka iaah cara dia menyampaikan pengumuman dengan duduk di kerusi dan bermuka yang sangat serius. Ayat yang best ialah "Penyimpan mohor-mohor besar Raja-raja". Dulu saya fikir dekat mana la dia simpan mohor 2 n macam mana rupa benda alah 2. Hahaha
Sahur
Perkara yang paling rindu pasal sahur ni ialah time arwah ayah n mak masih ada. Menu sahur yang sangat ringkas tapi sangat menyelerakan. Kalau arwah ayah mesti ada mee segera berkuah. Xpun telur dadar dan kicap. Lepas 2 minum air teh panas dan kurma. Mesti kena sahur kalau x nanti bila mengadu lapar dengan arwah ayah mesti dia akan cakap "tu la tadi sahur xnak makan" :(
Solat Terawih
Solat sunat yang hanya ada pada bulan ini sahaja. Lebih seronok kalau dapat buat secara berjemaah di surau. Dulu time berpuasa di kampung dan surau hanya depan rumah je. Seronok pergi dengan berjalan kaki dengan mysister. Biasanya kalau dekat surau depan rumah buat sampai 20 rakaat. tapi kami malas cuma buat 8 rakaat. Lepas 2 terus cabut. HAHAHAH. Yang kelakar ramai orang ingat kami xpernah pergi sebab lepas 8 rakaat terus hilang. Selalu amik saf yang paling belakang supaya senang cabut. Tapi lepas habis je terawih akan ada sedikit jamuan ringan. Setiap malam akan ada giliran yang bawa juadah ringan seperti kuih-muih. Time tu la ramai budak2 lelaki yang akan duduk untuk mengambil bahagian. Seronok sangat kalau tengok. Macam dalam Upin & Ipin.
Bazar ramadhan
Benda paling best dan pasti semua orang suka pergi bazar kan. Dengan perut yang lapar lepas 2 nampak berbagai jenis air, kuih dan makanan dengan pelbagai warna yang menarik selera. Kuih yang famous rasanya kuih pelita. sebab pada saya time bulan puasa je ada jual. Tapi arwah ayah selalu limitkan apa yang boleh dibeli. Contohnya harini beli kuaih karipap dan donut. Esok tukar pulak kuih yang lain. Jadinya tidak membazir. Alhamdulillah cara didikan 2 buatkan kami adik beradik dapat kawal nafsu agar tidak membazir sehingga hari ini. Kuantiti juga berpada-pada.
Juadah berbuka
Wajib kena ada air panas n kurma. Tapi bab kurma ni saya agak memilih. Sebab saya jenis yang xsuka terlalu manis. Ya la kurma ni kan makanan sunah. Selalu bersederhana dalam berbuka. Mesti ada air panas, air sejuk, kuih 2-3 jenis dalam kuantiti yang sedikit dan nasi berlauk.
Bunga api dan pelita
Kalau di kampung budaya pasang pelita menjadi satu kebiasaan. Laman rumah menjadi terang. Seronoknya xdapat nak gambarkan. Cuma sekarang agak berkurangan sebab harga minyak dah mahal tapi tetap ada. Lepas 2 dapat la main bunga api dihalaman rumah sambil nyanyi2 lagu raya.
Meriahnya berpuasa zaman kanak-kanak di kampung. Rindu sangat rasanya.
Agak2 bagaimana dengan ramadhan kita untuk tahun ni? Dari segi persediaan, target yang ingin dicapai dan sebagainya. Itu semua terpulang kepada niat sediap individu. Semoga ramdhan tahun ini memberi lebih banyak kebaikan buat diri kita semua berbanding tahun sebelumnya.
Stay calm and enjoy yr ramadhan. Peace with love.

Gambar tahun bila pn xingat. Pokok besar 2 pn dah kena tebang.
Agak2 bagaimana dengan ramadhan kita untuk tahun ni? Dari segi persediaan, target yang ingin dicapai dan sebagainya. Itu semua terpulang kepada niat sediap individu. Semoga ramdhan tahun ini memberi lebih banyak kebaikan buat diri kita semua berbanding tahun sebelumnya.
Stay calm and enjoy yr ramadhan. Peace with love.
Comments
Post a Comment