Penganggur

Assalam dan selamat malam.

Tiba2 pula terpanggil untuk menyuarakan rasa hati yang dah lama terbuku. Zaman belajar adalah zaman yang paling menyeronokkan. Perkara pertama yang bermain di benak fikiran setiap graduan yang dah tamat pengajian adalah KERJA. hahahahaha. Dan itu yang sekarang aku hadapi. Sebenarnya aku dah hampir setahun graduate. (Graduate pada noverber 2015) itu pun setakat diploma je. Belum berkesempatan untuk menyambung pengajian, Insya allah akan di usahakan kearah itu. Sebab dah memang target aku nak capai setinggi yang mungkin, Tapi apakan daya, sebagai manusia kita x boleh la nak selfish. Banyak perkara perlu diutamakan. 

Berbaik pada tajuk penganggur tadi, aku rasa itulah title yang paling sesuai untuk aku sekarang. Aku akui sebenarnya zaman sekarang tidak susah untuk mencari pekerjaan cuma banyak faktor yang menghalang. Antaranya keseuaian kerja, kemahiran yang dimiliki, faktor kemudahan dan tanggungjawab.

Macam apa yang berlaku pada diri aku sekarang, sebelum ni aku dah kerja sebagai guru sandaran dan teah tamat kontrak pada bulan 6. Pada masa yang sama, Alhamdulillah allah bagi aku rezeki sebab berjaya dalam temuduga Pembantu Tadbir Kewangan w17. Ini bermaksud aku bakal dipanggil untuk lapor diri pada bila2 masa. Aku ada merancang untuk mencari pekerjaan sementara menunggu [panggilan posting. Tapi kakak aku nasihatkan x perlu sebab mana la tahu kalau dipanggil dalam masa terdekat ni. Kakak aku cadangkan untuk aku membantu uruskan apa yang patut dirumah dan dapat rehat puas2 dulu. Ya la kan nanti bila dah start kerja gov xkan nak suka2 amik cuti n klu bosan xakn nk berhenti. 

Tapi yang menyedihkan adalah sekarang dah masuk bulan 11, aku masih belum dapat surat posting. Bila call SPA dieorang cakap jangan risau sebab nama dah ada dalam system cuma tunggu giliran n Insya Allah akan diusahakan posting 2015 gak. Lega la jugak.Tapi boleh bayangkan x apa yang terpaksa aku hadapi sepanjang penantian hampir 6 bulan ni ialah MULUT MANUSIA. Aku rasa bukan aku sorang je yang hadapi. Panas telinga, panas hati dan kadang2 rasa macam xnk jumpa orang. 

So, kat sini aku nak share sikit macam mana nak hadapi situasi yang kita sendiri xminta pun. Sebab kadang2 mesti rasa down kan. 

Pertama, semestinya SABAR. Sebab Allah akan sentiasa bersama orang2 yang sabar. Macam mana nak sabar????? istighfar banyak2, senyum dan jawab dengan tenang pertanyaan mereka. Soalan yang biasa di tanya untuk orang yang biasa alami situasi macam aku ni ialah "kat rumah buat apa", "belum kerja lagi ke", "betul ke dah dapat kerja, xkan lama sangat". Lebih kurang macam 2 la soalan dieorang. 

Kedua, BERDOA Allah mempermudahkan dan mempercepatkan rezeki kita. Sebab perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. DIA lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita dapat sesuatu tu. 

Ketiga, ENJOY YOUR LIFE. Maksudnya bukan berjimpa hoha hoha ok. Korang buat la apa yang patut dengan diri korang or family korang. Contohnya berbakti pada ibubapa n keluarga, try cari side income walaupun kecil-kecilan, n banyakan amalan harian. Bukan apa, dalam kelapangan ni la ambil peluang buat solat sunat, puasa sunat n lain2. 

Sentiasa positifkan diri and bersyukur dengan setiap yang kita miliki hari ini. Sedar x sebenarnya Allah sedang bagi kita peluang menghargai nikmat LAPANG SEBELUM SEMPIT. Sebenarnya penganggur 2 xla seteruk mana. Sebab banyak je orang macam kita ni lebih banyak kerja dari orang yang bekerja sebenarnya. lagipun bukan kita duduk rumah goyang kaki. Sekurang-kurangnya dapat membantu kerja rumah, uruskan budak sekolah dan sebagainya. 

Untuk orang diluar sana, berhenti mempersoal rezeki kurnian Allah. Setiap manusia ada bahagian masing-masing tanpa kita ketahui. Allah memberi dari pelbagai sudut, ada yang diberi kerja yang baik, ada pula yang dikurniakan keluarga yang baik, ada orang dikurniakan hati yang tenang, jodoh yang cepat dan pelbagai lagi. Belum tentu mereka yang kaya punya hati yang tenang dan keluarga yang baik. 

Alhamdulillah, aku rasa sangat bersyukur sebab dikurniakan keluarga yang sentiasa bagi support kat aku. Banyak sangat hikamh yang aku dapat dari pengangguran ini. Ceh,,,,,,, ;) Harap dapat posting dekat n dapat jabatan yang best, bos yang best, rakan sekerja yang best, suasana kerja yang best. AMIIN.

Sekadar berkongsi rasa. Jangan hentam saya ya. 

Comments

Popular Posts