Pray for MH17
Isu kehilangan pesawat MH370 masih segar dn terus menjadi persoalan. Lewat malam semalam rakyat malaysia sekali lagi digemparkan dengan satu lagi pesawat milik Malaysia Airline (MAS) iaitu MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine. Pesawat tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba jam 6.10 pagi 18 Julai 2014. Pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan 15 anak kapal. lebih menyedihkan kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh dalam nahas tersebut.
Saya hanya rakyat malaysia yang berkongsi kesedihan. Ya, tidak ada ahli keluarga atau sahabat handai yang terlibat dalam nahas tersebut. Namun, tempias kesedihan turut dapat dirasai tambahan pula Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak berapa lama lagi. Semoga seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 tabah menerima ujian dai Allah ini.
Pada saat gentir begini, saya memohon agar segala spekulasi dihentikan dan biarkan pihak bertanggungjawab melaksanakan tgas mereka. Segala spekulasi yang bakal timbul hanya mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kerana ianya hanya akan menyusahkan pihak berwajib menjalankan siasatan. Lagi pula, kita sebagai orang awam bukan la begitu arif tentang hal2 sebegini. Jangan berkata atau mengeluarkan kenyataan tanpa ilmu yang cukup dan hanya mengikut kehendak hati.
Sebagai rakyat malaysia, terutamanya yang beragama Islam teruskan berdoa untuk semua mangsa yang terlibat ditempatkan dikalangan orang2, seterusnya berdoa agak segala usaha menyelamat dan penyiasatan dapat berjalan dengan lancar. Berdoa dan terus berdoa yang baik2 sahaja...
Comments
Post a Comment